Bukit Mertajam: Bantuan awal termasuk kit banjir disalurkan kepada 36 orang daripada 10 keluarga mangsa bencana itu di Kampung Kubang Semang, di sini, yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.

Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Datuk Kamarul Haizal Koderat berkata, kesemua mangsa dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat kira-kira 2.30 petang semalam.

"Sebanyak empat bilik darjah digunakan bagi menempatkan mangsa manakala bantuan awal seperti kit banjir dan bantuan lain juga telah diberikan.

"Setakat ini, hanya satu kawasan melibatkan pemindahan iaitu Kampung Kubang Semang. Banjir turut berlaku di Kampung Mengkuang Titi, namun keadaannya terkawal dan tidak memerlukan pemindahan," katanya kepada pemberita selepas meninjau PPS berkenaan hari ini.