KOTA BHARU - Polis Kelantan membuka dua kertas siasatan berhubung isu tular membabitkan seorang aktivis media sosial dan komuniti Rohingya di negeri ini serta menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, setakat ini pihaknya telah membuka dua kertas siasatan berkaitan isu berkenaan, iaitu di bawah Seksyen 341/268 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan.Menurut beliau, pihaknya memandang serius setiap isu yang berpotensi menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Yusoff memberitahu, sebanyak 199 kes jenayah membabitkan pelarian Rohingya direkodkan di seluruh negara bagi tempoh 2022 hingga Ogos 2026.Jelasnya, angka berkenaan merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail."Pada masa sama, pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) oleh KDN (Kementerian Dalam Negeri) bertujuan merekodkan identiti serta data biometrik pelarian secara sistematik."Langkah itu juga bagi membantu pihak berkuasa menjalankan tapisan keselamatan dan mengesahkan identiti individu yang berdaftar," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau menegaskan, pihaknya akan meneruskan siasatan secara profesional serta mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.Tambahnya, orang ramai turut diminta tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, sebaliknya memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan."PDRM komited memelihara ketenteraman awam, menegakkan undang-undang dan memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara," katanya.
Polis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan Rohingya

Key takeaways
Polis Kelantan membuka dua kertas siasatan berhubung isu tular aktivis media sosial dan komuniti Rohingya, serta menahan dua lelaki tempatan.
- Polis Kelantan membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 341/268 dan 395 Kanun Keseksaan.
- Sebanyak 199 kes jenayah membabitkan pelarian Rohingya direkodkan dari 2022 hingga Ogos 2026.
- Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) dilaksanakan untuk merekodkan identiti pelarian secara sistematik.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Polis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan Rohingya (this story)








