KOTA BHARU: Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung isu tular melibatkan aktivis media sosial dengan komuniti etnik Rohingya di negeri ini.
Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 341/268 Kanun Keseksaan.
“Polis Kelantan memandang serius setiap isu yang berpotensi menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, aktivis tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi entri laman sosial Facebook memberitahu dia ditahan polis bersama 15 individu lain, semalam.









