IPOH: Pembukaan semula Stadium Perak, di sini dijangka lebih lewat daripada tarikh sepatutnya yang sebelum ini dijadualkan kembali dibuka pada September atau bulan ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, beliau tiada maklumat mengenai tarikh sebenar pembukaan stadium di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu namun difahamkan proses penyelenggaraan masih berjalan.

"Saya tak dapat bagi jawapan sebab MBI tak ada bagi, tetapi sekarang (memang) dalam proses penyelenggaraan. Cuma mengenai tempoh itu saya tak dapat lagi sebab ia sudah bertukar-tukar tempoh (sepatutnya) siap.

"Saya rasa mungkin juga tahun depan (kembali dibuka)... Namun tarikhnya yang betul saya tak dapat lagi," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Himpunan Mahabbah Pendekar Negeri Perak di Dewan Utama, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, di sini hari ini.