KOTA BHARU: Aktivis masyarakat, Abbe Hae, hari ini tampil menjelaskan kronologi tindakannya bersama rakan-rakan ketika meninjau kebanjiran warga asing di bandar ini pada Jumaat lalu.

Abbe Hae atau nama sebenar Mohd Azhar Mohd Adnan yang ditahan semalam sebelum dibebaskan pada tengah hari tadi, berkata tinjauan itu bermula di Dataran Masjid Muhammadi yang dijadikan 'check point' untuk memberi penerangan kepada rakan-rakan yang menyertai misi berkenaan.

Katanya, beliau memaklumkan kepada mereka supaya tidak membuat sebarang provokasi serta jangan menyentuh sesiapa.

Sebaliknya dalam penerangan itu, Abbe Hae berkata, beliau menekankan bahawa tujuan mereka hanya membuat liputan mengenai kebanjiran warga asing, termasuk etnik Rohingya, secara santai.