SEKEPING foto seekor gajah betina membawa bangkai anak gajah yang mati ketika dilahirkan bukan sahaja berjaya memenangi anugerah utama dalam pertandingan Jurugambar Hidupan Liar Terbaik 2026, namun turut merungkai rahsia tingkah laku jarang dilihat yang menggambarkan trauma dan emosi kompleks haiwan berkenaan.
Jurugambar, Federico Veronesi merakamkan detik menyayat hati itu ketika mengekori sekumpulan gajah yang bergerak menyusuri dasar sungai kering di gurun Namibia pada September 2025.
Beliau terserempak dengan seekor gajah betina yang membawa bangkai anak gajah, dengan kaki kecil haiwan itu melingkari belalainya, manakala tubuhnya yang tidak bermaya tergantung di udara.
“Anak gajah itu masih sempurna dan lembut. Tubuhnya belum mengeras, jadi jelas ia dilahirkan pada waktu malam atau mungkin hanya beberapa jam sebelum itu,” katanya.









