TANGERANG: Aksi minggu kelima Liga Super 2026/27 antara Persita Tangerang dan Persija Jakarta di Stadium Antarabangsa Banten (BIS) semalam dicemari insiden rusuhan penyokong.

Kekecohan antara penonton itu bukan sahaja menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan seketika, malah turut menjejaskan persembahan kedua-dua pasukan di padang.

Memetik laporan portal bola.okezone.com, kekecohan berskala kecil dilaporkan mula tercetus sejak separuh masa pertama di kawasan tempat duduk penyokong selatan stadium sebelum berjaya ditenangkan oleh petugas keselamatan.

Namun, situasi menjadi semakin tegang sewaktu rehat separuh masa apabila pergaduhan yang lebih besar meletus di bahagian utara stadium.