BESUT: Jabatan Penjara Malaysia kini dalam fasa akhir proses penggubalan peraturan dan syarat pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata jabatan berkenaan sudah menerima surat daripada Urus Setia Lembaga Pengampunan berhubung keputusan dan syarat berkaitan perkara itu.
"Peraturan khusus berhubung tahanan rumah perlu digubal kerana mekanisme itu belum pernah dilaksanakan sebelum ini dan secara tiba-tiba akan dilaksanakan.
"Sekarang, proses penggubalan itu berada pada fasa akhir," katanya.









