Bekas perdana menteri Najib Razak diberikan pengampunan bersyarat pada 18 Sept lalu, yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, dengan syarat beliau membayar denda RM50 juta yang dikenakan dalam kes SRC International. PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng membidas Jabatan Penjara mengarahkan Najib Razak tidak mendedahkan syarat tahanan rumahnya di bawah pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
Peguam Shafee Abdullah yang mewakili Najib dilaporkan berkata, bekas perdana menteri itu telah menerima perintah dan syarat tahanan rumah, tetapi diarah tidak mendedahkan butirannya.
Lim berkata, syarat tahanan rumah Najib bukan rahsia negara dan tidak patut dirahsiakan, sambil menyifatkan tindakan itu "mengarut".






