Washington: Satu letupan dan kebakaran besar dilaporkan berlaku di sebuah pangkalan tentera Kanada di Alberta pada Sabtu, dengan Menteri Pertahanan David McGuinty mengesahkan terdapat korban jiwa dan kecederaan ketika angin kencang menyebabkan api merebak ke luar kawasan pangkalan itu, lapor Anadolu Ajansi.
"Saya berasa sedih untuk memaklumkan bahawa terdapat korban jiwa dan kecederaan akibat satu insiden di pangkalan itu," kata McGuinty kepada pemberita.
Beliau merujuk kepada Pangkalan Angkatan Tentera Kanada Wainwright, di timur Edmonton, ibu negeri Alberta, namun tidak memberikan jumlah sebenar mangsa.
McGuinty juga tidak mendedahkan keadaan yang membawa kepada insiden itu, termasuk sama ada letupan berkenaan membabitkan senjata atau peluru, sambil menyifatkan situasi itu sebagai 'masih berlangsung dan sensitif.'










