Kota Bharu: Kawalan ketat di sempadan negara mula membuahkan hasil apabila bekalan dadah yang memasuki Kelantan mencatatkan penurunan ketara, meskipun jumlah kes berkaitan bahan terlarang itu menunjukkan peningkatan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, perkembangan positif itu dipacu oleh pelaksanaan pendekatan strategik baharu sejak 15 Julai lalu serta operasi penguatkuasaan berterusan bagi mengekang aktiviti penyeludupan rentas sempadan dari negara jiran.
"Kami menjalankan operasi setiap hari dan meskipun jumlah operasi yang dijalankan tinggi, bekalan dadah semakin terhad.
"Ini menunjukkan dadah dari negara jiran tidak lagi memasuki Kelantan secara bebas seperti sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, semalam.










