MACHANG: Pendang di Kedah dan Kuala Krai di Kelantan disenarai dua daerah yang merekodkan kadar pembabitan kes dadah tertinggi negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka itu dikira berdasarkan jumlah individu yang terbabit kes dadah bagi setiap 100,000 penduduk, menggunakan piawaian antarabangsa yang diterima pakai Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).
Rekod sama, katanya menyenaraikan empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu merekodkan kadar pembabitan kes dadah melebihi ambang nasional.
"Tumpat, Tanah Merah dan Bachok di Kelantan, selain Besut di Terengganu turut dikenal pasti sebagai daerah kritikal apabila merekodkan kadar melebihi 1,000 kes bagi setiap 100,000 penduduk.









