KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berpeluang meraih peruntukan bernilai RM102 juta (USD25 juta) menerusi cadangan pakej pembangunan terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bernilai RM26 bilion (USD6.35 bilion) bagi kitaran 2027 hingga 2030.
Perancangan itu bakal dimuktamadkan oleh Ahli Majlis FIFA pada Disember 2026 sebelum diangkat untuk kelulusan rasmi pada Kongres FIFA yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2027.
Menerusi agihan satu pertiga dana terbabit (RM34 juta), FAM dapat memperkasakan penganjuran liga serta kejohanan peringkat kebangsaan, wilayah, belia, dan wanita secara lebih teratur dan berstruktur.
Satu pertiga lagi daripada peruntukan berkenaan membolehkan FAM membina, menaik taraf, dan menyelenggara infrastruktur utama seperti pusat teknikal, padang latihan, stadium, serta ibu pejabat persatuan yang boleh diakses oleh pemain wanita dan kanak-kanak.








