PASIR PUTEH: Dua lelaki berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki terbabas dan terjunam ke sungai di Kilometer 33 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu (Sungai Kelong) di sini, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika Perodua Kelisa dinaiki dua lelaki berusia 30 dan 32 tahun melalui jalan gelap di lokasi pembinaan jambatan baharu.

Ketika kejadian kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Pasir Puteh untuk pulang ke rumah di Kampung Masjid di Tumpat.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Saari Yaacob pemandu kenderaan tidak mengalami kecederaan, namun penumpang luka pada kaki kanan.