GEORGETOWN: Seluas 202.3 hektar tanah ditebus guna di Pulau Silikon sejak kerja-kerja penambakan dimulakan pada September 2023 sehingga Oktober 2026, menandakan kemajuan ketara dalam pembangunan hab pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang yang seterusnya.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata pembangunan itu dibayangkan untuk melengkapkan industri semikonduktor negeri sambil menarik pelaburan dalam teknologi termaju, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi yang dipacu kecerdasan buatan (AI).
"Pelancaran awal Pusat Pengalaman Pulau Silikon menawarkan pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat visi kami mengenai hab pertumbuhan baharu yang akan melengkapkan industri semikonduktor Pulau Pinang.
"Ia juga akan menarik pelaburan dalam teknologi termaju, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi dipacu AI," katanya dalam catatan di Facebook, hari ini.









