PADANG: Seorang wanita maut selepas tergelincir dan terjatuh ketika mandi di Air Terjun Robo Harau, Wilayah Limapuluh Kota, Sumatera Barat, Indonesia, Khamis lalu, lapor Detik.

Wanita itu, Windy Rahma Putri, 25, ditemukan meninggal dunia oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gabungan pada jam 10.45 pagi, Jumaat, semalam.

Ketua Pejabat Pencarian dan Pertolongan Kelas A Padang, Abdul Malik berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.27 petang, Khamis lalu.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3.45 petang ketika mangsa mandi di air terjun berkenaan.