Kuala Lumpur: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mencipta sejarah apabila menjadi pasangan Malaysia pertama sejak 2008 yang mara ke final Terbuka Denmark, hari ini.

Pasangan nombor lima dunia itu menewaskan beregu China, Bao Li Jing-Cao Zi Han yang berada di ranking ke-30 dunia, 21-16, 21-14 pada aksi separuh akhir di SJF Bank Arena, Odense.

Kejayaan itu menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk menyaksikan wakil beregu wanita beraksi di pentas final kejohanan berkenaan, selepas Chin Eei Hui-Wong Pei Tty muncul juara pada 2008.

Pearly-Thinaah akan berdepan sama ada pasangan Jepun, Hinata Suzuki-Nao Yamakita atau rakan senegara mereka, Sumire Nakade-Miyu Takahashi, pada final esok dalam usaha mengulangi kejayaan Eei Hui-Pei Tty.