JOHOR BAHRU – Penutupan institusi pendidikan di seluruh Johor dilanjutkan selama lima hari lagi bermula 19 hingga 23 Oktober ini susulan keadaan jerebu yang masih membimbangkan dan kemerosotan kualiti udara.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Datuk Dr. Muhammad Naqib Md. Ghazali berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Jerebu Negeri Johor pada tengah hari tadi.

Beliau berkata, keputusan berkenaan turut mengambil kira titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang menitikberatkan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat, khususnya kanak-kanak.

“Laporan pemantauan menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) masih kekal pada paras membimbangkan tanpa perubahan ketara.