SEPANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 11, Horizon Suites, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.54 pagi tadi.
Beliau berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Ketika kejadian, ibu bapa mangsa ada di rumah. Proses bedah siasat terhadap mangsa di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, telah selesai dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.










