SEPANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11 sebuah apartmen di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 5.54 pagi berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala hasil siasatan awal mendapati ibu bapa kanak-kanak itu berada di rumah ketika insiden berlaku.

"Proses bedah siasat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, sudah selesai dijalankan.