HULU TERENGGANU: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kes mayat bayi tidak sempurna dijumpai dalam longkang di kawasan Perumahan Padang Setengge, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab, berkata suspek berusia 23 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang tadi susulan siasatan dijalankan berhubung penemuan mayat berkenaan.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati hanya sebahagian anggota badan bayi itu ditemui, manakala jantinanya belum dapat dipastikan, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
"Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah (D10), dan Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu turut membantu siasatan di lokasi kejadian.










