Hulu Terengganu: Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat bayi di kawasan Perumahan Padang Setengge, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, ia selepas proses bedah siasat ke atas mayat bayi itu selesai dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, pagi tadi.

"Namun jantina bayi itu tidak dapat dipastikan buat masa ini.

"Selain itu, status kewarganegaraan bayi yang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna itu, masih tidak diketahui," katanya ketika dihubungi.