Seremban: Pemain import Jepun, Takumi Sasaki dijangka dapat kembali berada dalam barisan kesebelasan terbaik skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) bagi menghadapi saingan Liga Super tidak lama lagi, selepas proses pemulihan kecederaan hamstring yang dialaminya menunjukkan perkembangan positif.
Perancang utama skuad Hobin Jang Hobin itu mengalami kecederaan terbabit ketika sesi latihan berintensiti tinggi, hanya beberapa hari sebelum perlawanan liga menentang Melaka FC pada 30 Ogos lalu.
Walaupun agak kecewa kerana terlepas beberapa perlawanan penting, pemain yang kerap membantu bahagian serangan itu kekal positif dan sentiasa fokus untuk mendapatkan kembali kecergasan sepenuhnya menjelang perlawanan liga akan datang.









