MACHANG: Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes jet peribadi membawa 521 kilogram (kg) dadah yang ditahan di Laos baru-baru ini, berkisar kepada butiran berkait pesawat khsusnya dari segi pemilikan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata selain mengenal pasti pemilik pesawat, siasatan juga tertumpu kepada pihak yang menyewanya, tujuan penerbangan serta destinasi.

"Polis turut menyiasat pendaftaran pesawat berkenaan di Malaysia serta individu yang mempunyai kaitan dengan penerbangan itu.

"Ini termasuklah juruterbang dan pembantu juruterbang," katanya selepas menghadiri program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, di sini, hari ini.