PETALING JAYA: Malaysia Solidarity Families in Hope (MASFIH) merayu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menangguhkan bayaran pembiayaan rumah serta tindakan penguatkuasaan terhadap keluarga anggota bomba, Mohd Sani Harul, yang masih hilang susulan bencana banjir Nepal pada 26 Ogos lalu.

Jurucakap MASFIH, Dr. Manivannan Rethinam berkata, pihaknya turut memohon moratorium kemanusiaan sekurang-kurangnya enam bulan tanpa faedah atau keuntungan tambahan, penalti dan caj lain sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya, rayuan itu dibuat selepas isteri Mohd Sani erdepan tekanan emosi ketika mendapatkan penjelasan mengenai pembiayaan rumah suaminya di pejabat LPPSA di Putrajaya, semalam.

“Isteri beliau mempersoalkan mengapa bantuan penangguhan bayaran yang diberikan beberapa institusi kewangan kepada keluarga terjejas tidak dapat dipertimbangkan oleh LPPSA.