PETALING JAYA : Siasatan akan dilakukan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL) berhubung dakwaan penyelewengan dalam urusan pengeluaran pas khas yang dilaporkan berlaku di pejabat Imigresen Kuala Lumpur.
Pengarah JIM WPKL, Datuk Hamsha Injau berkata, pihaknya memandang serius mengenai perkara itu dan siasatan dilakukan susulan dakwaan terbabit dilaporkan oleh sebuah portal hari ini.
“Bahagian Integriti JIM WPKL akan menjalankan siasatan bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku.
“Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat bukti pelanggaran undang-undang atau peraturan, ” katanya dalam kenyataan hari ini.









