GAZA: Sekurang-kurangnya 466 rakyat Palestin, termasuk 157 kanak-kanak, meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan kebuluran sejak 2024, menurut Kementerian Kesihatan Gaza semalam.

Angka itu dikeluarkan sempena Hari Makanan Sedunia yang disambut pada 16 Oktober setiap tahun.

Menurut kementerian itu, sekurang-kurangnya 189 warga emas turut meninggal dunia akibat kebuluran, merangkumi 40.5 peratus daripada keseluruhan kematian yang direkodkan.

Pada Ogos 2025, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan kebuluran di Gaza.