PETALING JAYA – Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dalam urusan pengeluaran Pas Khas di pejabat imigresen Kuala Lumpur.

Pengarah JIM WPKL, Datuk Hamsha Injau berkata, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut.

“Bahagian Integriti JIM WPKL akan menjalankan siasatan bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan.

“JIM WPKL tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku. Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat bukti pelanggaran undang-undang atau peraturan,” katanya dalam kenyataan hari ini.