Kuala Lumpur: Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan momentum cemerlang untuk menempah tiket ke final selepas menyingkirkan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, pada separuh akhir Terbuka Denmark, sebentar tadi.
Dalam perlawanan itu, Aaron-Wooi Yik menunjukkan kelebihan mereka apabila berjaya mengimbangi permainan pantas Won Ho-Seung Jae selain melakukan sedikit kesilapan untuk memastikan kemenangan straight set 21-14, 21-18 dalam tempoh 38 minit.
Meskipun beregu Korea itu cuba bangkit pada penghujung set kedua, Aaron-Wooi Yik tetap tenang dan tidak terperangkap dengan kepantasan lawan untuk memastikan mata kemenangan memihak kepada mereka.
Kemenangan itu juga membolehkan gandingan nombor empat dunia itu mencatat kemenangan kedua berturut-turut ke atas pasangan berkenaan selepas menewaskan mereka pada Kejohanan Dunia, sekali gus mengimbangi rekod pertemuan 3-3 dalam enam perlawanan sebelum ini.








