BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah slot ke final Terbuka Denmark selepas menumbangkan beregu nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae pada aksi separuh akhir, Sabtu.Dalam aksi yang berlangsung selama 38 minit itu, Aaron-Wooi Yik mempamerkan aksi meyakinkan untuk menundukkan pasangan Korea Selatan berkenaan menerusi kemenangan straight set 21-14, 21-18.Pada set pertama, pasangan negara tampil kemas untuk mengawal permainan sebelum melakar kemenangan 21-14.Aaron-Wooi Yik terus mengekalkan rentak positif dalam set kedua meskipun berdepan tentangan sengit lawan sekali gus menoktahkan perlawanan dengan kemenangan 21-19.Kejayaan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik mengikat rekod pertemuan dengan Kim Won Ho-Seo Seung Jae kepada 3-3 selepas enam perlawanan antara kedua-dua pasangan.Menanti Aaron-Wooi Yik di final ialah sama ada pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri atau gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang.Kedua-dua pasangan itu dijadual bertembung dalam satu lagi aksi separuh akhir bagi menentukan lawan beregu negara pada perlawanan akhir sebentar lagi.
Aaron-Wooi Yik benam beregu nombor satu dunia, mara final Terbuka Denmark

Key takeaways
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menumbangkan pasangan Korea Selatan untuk mara ke final Terbuka Denmark.
- Aaron-Wooi Yik menang straight set 21-14, 21-18 dalam separuh akhir.
- Mereka mengikat rekod pertemuan dengan pasangan Korea Selatan kepada 3-3.
- Final akan berlawan dengan pasangan Indonesia atau China.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Zverev kini nombor satu dunia
- Utusan Malaysia Aaron-Wooi Yik benam Hoki-Kobayashi
- Sinar Harian Aaron-Wooi Yik benam beregu nombor satu dunia, mara final Terbuka Denmark (this story)









