CYBERJAYA: PAS sudah melengkapkan senarai calon mewakili parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mengakui ramai calon perlu dipertimbang, namun keputusan akhir akan ditentukan kepimpinan PAS Pusat.

"Senarainya banyak tapi untuk menentukan siapa (calon) yang pada akhirnya bertanding, itu terpulang kepada PAS Pusat," katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Tafsir Al-Tibyan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai calon PAS selepas Barisan Nasional (BN) mengesahkan senarai calonnya sudah lengkap.