MELAKA – Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini sudah lengkap dan pengumumannya akan dibuat dalam masa terdekat.Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, segala persiapan berkaitan pemilihan calon telah diselesaikan dan pihaknya bersedia untuk mengumumkan senarai berkenaan.Bagaimanapun, beliau tidak menetapkan tarikh khusus bagi pengumuman itu, sebaliknya memaklumkan ia mungkin dibuat pada bila-bila masa dalam tempoh terdekat."Nanti kita akan beritahu dalam masa yang terdekat. Mungkin dalam minggu ni, minggu depan atau bila-bila masa dari sekarang."Insya-ALLAH, semua dah siap," katanya ketika ditanya mengenai perkembangan terkini pemilihan calon BN bagi PRN Melaka.Beliau ditemui pada Program Sembang Santai Geng E-Hailing& P-Hailing Masjid Tanah di Vila D’Acqua di sini pada Jumaat.Mengulas dakwaan bahawa pengumuman calon akan dibuat pada 24 Oktober, Ab Rauf menafikan tarikh itu datang daripadanya."Siapa kata? Tanya kepada orang yang berkata, bukan daripada saya," katanya.Beliau turut memaklumkan hasil rundingan untuk meja perundingan terakhir babit kerjasama politik juga akan dimaklumkan dalam masa terdekat, menjelang hari penamaan calon pada 31 Oktober ini.
PRN Melaka: Senarai calon BN lengkap, diumum dalam masa terdekat

Key takeaways
Senarai calon BN untuk PRN Melaka sudah lengkap dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
- Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyatakan persiapan pemilihan calon selesai.
- Tarikh pengumuman tidak ditetapkan secara spesifik, mungkin dalam minggu ini atau selepasnya.
- Ab Rauf menafikan khabar angin mengenai tarikh pengumuman 24 Oktober.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian PRN Melaka: Senarai calon BN lengkap, diumum dalam masa terdekat (this story)







