PENAMPANG - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas kenderaan yang dinaiki terlibat kemalangan dan terbakar dalam kejadian di kawasan bulatan Jalan Bundusun, di sini pada awal pagi Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pemandu berusia 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi manalala seorang lagi juga berusia 20-an dilaporkan tidak sedarkan diri.Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tingalan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.21 pagi.Katanya, seramai lapan anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh empat kilometer dari BBP Penampang."Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Persona yang terbabas sendiri lalu terbakar."Terdapat dua mangsa terlibat dan pasukan bomba segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan penyelamatan," katanya dalam kenyataan.Katanya lagi, pada jam 4.40 pagi operasi terkawal apabila kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan."Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut."Manakala seorang mangsa tidak sedarkan diri dipercayai dalam keadaan kritikal dan telah diberi rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)dan seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) bagi mendapatkan rawatan lanjut."Operasi kemudian ditamatkan pada jam 4.46 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian," katanya.
Tragedi awal pagi: Lelaki maut, seorang lagi parah

Key takeaways
Seorang lelaki maut dan seorang lagi parah dalam kemalangan kenderaan yang terbakar di Penampang pada awal pagi.
- Kemalangan berlaku di kawasan bulatan Jalan Bundusun pada jam 4 pagi.
- Pemandu berusia 20-an meninggal di lokasi manakala seorang lagi tidak sedarkan diri.
- Lapan anggota bomba terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Kes bunuh pelajar: Polis tahan reman seorang remaja lelaki 6 hari
- Malaysiakini (BM) Tragedi perjalanan sekolah: Tiga beradik maut rempuhan lori di Pontian
- Malaysiakini (BM) Seorang maut, 11 cedera dalam serangan di Lapangan Terbang Riyadh
- Sinar Harian Tragedi awal pagi: Lelaki maut, seorang lagi parah (this story)




