NILAI – Terdapat tiga tikaman yang ditemui pada anggota badan pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Norhazwani Ibrahim, 35, yang ditemui maut dipercayai dibunuh suaminya di sebuah Kompleks Perumahan Awam di sini.Mangsa ditemukan dengan dua kesan tikaman di bahagian kiri perut dan satu kesan tikaman pada pipi kanan, berdasarkan pemeriksaan awal di tempat kejadian.Suspek berusia lingkungan 30-an yang dipercayai suami mangsa tampil menyerah diri kepada polis dan dikenakan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan.Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai bermotifkan perselisihan rumah tangga, susulan pertengkaran antara mangsa dan suspek.ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam maut dipercayai dibunuh suamiPolis sahkan pegawai AKPS maut dipercayai dibunuh suamiPegawai kerajaan mati dipercayai dibunuh suami dalam proses cerai - Abang mangsaPerselisihan rumah tangga dipercayai punca pegawai AKPS maut ditikam suami - PolisPegawai AKPS maut: Suami serah diri ke balai polis selepas tikam isteri, pisau dirampasPegawai AKPS maut: Suspek sempat telefon abang ipar beritahu isterinya sudah tiadaPegawai AKPS dibunuh: Dua anak mangsa minta buat panggilan video, mahu bercakap dengan ibu mereka - KakakBerdasarkan soal siasat awal, suspek mendakwa pertengkaran berlaku selepas mangsa menyatakan hasrat untuk bercerai serta memaklumkan bahawa proses perceraian telah dimulakan ketika suspek masih menjalani hukuman penjara.Pasangan itu dilaporkan telah berkahwin selama tujuh tahun dan dikurniakan dua orang anak berusia enam dan lima tahun.Bagaimanapun, tarikh sebenar permohonan perceraian difailkan masih dalam proses pengesahan melalui dokumen rasmi berkaitan.Dalam perkembangan siasatan, polis menemukan sebilah pisau di atas tilam di bilik utama kediaman mangsa selepas suspek menunjukkan lokasi senjata berkenaan.Pisau itu disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian dan telah diambil untuk tindakan lanjut serta pemeriksaan forensik.Punca kematian mangsa belum dapat dipastikan kerana bedah siasat dijadualkan dijalankan pada 17 Oktober 2026.Siasatan masih diteruskan.
Terdapat tiga kesan tikaman di perut dan pipi, suspek tunjuk pisau diguna bunuh isteri - Polis

Key takeaways
Seorang pegawai AKPS ditemui mati dengan tiga tikaman, dipercayai dibunuh suaminya di kompleks perumahan awam.
- Mangsa ditemui dengan dua tikaman di perut dan satu di pipi.
- Suspek, dipercayai suami mangsa, menyerah diri dan ditahan.
- Siasatan awal mendapati kejadian bermotifkan perselisihan rumah tangga.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Tiga kesan tikaman ditemukan di perut dan pipi pegawai AKPS
- Sinar Harian Terdapat tiga kesan tikaman di perut dan pipi, suspek tunjuk pisau diguna bunuh isteri - Polis (this story)









