IPOH - Parti Wawasan Negara (Wawasan) memberi bayangan Perikatan Nasional (PN) akan mempunyai rakan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Ahli Majlis Tertinggi Wawasan, Muhammad Fadhli Ismail bagaimanapun enggan menamakan parti yang akan bekerjasama tersebut tetapi menegaskan persiapan menghadapi PRN itu sudah pun dibuat.Menurutnya, kerjasama berkenaan digerakkan bersama kepimpinan PN termasuk Presiden Wawasan, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta kepimpinan utama Wawasan dan Pas."Saya boleh katakan kita sudah melakukan persiapan untuk PRN Melaka. Cuma saya tidak boleh beritahu dengan lebih terperinci kerana seperti yang dinyatakan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung PN) jika strategi diberitahu, ia bukan lagi strategi tetapi tragedi."Kita harap semua tunggu sehingga hari penamaan calon pada 31 Oktober ini. Saya yakin Datuk Seri Hamzah bersama kepimpinan utama Wawasan dan Pas dapat menggembleng tenaga dan kita akan berkolaborasi dengan rakan strategik," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Sumbangan Kotak Makanan kepada Rakyat Wawasan Tambun di Dewan Anggerik, Kampung Ulu Chemor di sini pada Sabtu.Mengulas isu yang melanda PN menjelang PRN berkenaan, Muhammad Fadhli mengakui perkara itu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap persiapan dan perjalanan kempen parti.Bagaimanapun, beliau secara peribadi berpandangan tindakan yang dikenakan terhadap PN ketika pilihan raya negeri itu diumumkan mempunyai unsur penganiayaan politik."Saya melihat perkara ini sebagai satu usaha untuk menggagalkan PN daripada terus mara dalam PRN Melaka."Namun, kita yakin berada pada landasan yang betul dan mahu meneruskan usaha untuk mencapai kejayaan," katanya.Beliau turut menjadikan perkembangan politik di Negeri Sembilan sebagai antara petunjuk bahawa kerjasama politik mampu memberikan hasil positif termasuk kepada parti yang masih baharu.Katanya, Wawasan yang dijenamakan semula pada Julai lalu kini berjaya mengumpulkan hampir 12,000 ahli di seluruh Perak manakala Bahagian Tambun mencatatkan keahlian melebihi 1,300 orang.Menurut Ketua Wawasan Bahagian Tambun itu, perkembangan tersebut menunjukkan rakyat mula menerima Wawasan yang membawa pendekatan penyatuan masyarakat tanpa mengira kaum."Rakyat sekarang sudah tepu melihat parti politik asyik bertelagah dan bergaduh sesama sendiri tanpa memikirkan masa depan negara serta kestabilan politik."Wawasan membawa wadah amar makruf nahi mungkar dan mahu menjadi jambatan penyatuan rakyat Malaysia. Parti ini bukan berasaskan satu kaum sahaja, sebaliknya mencerminkan Malaysia yang membolehkan semua bangsa bersama-sama memastikan negara terus progresif, harmoni dan aman," katanya.Dalam program berkenaan, seramai 201 keluarga di kawasan Ulu Chemor menerima sumbangan kotak makanan sebagai sebahagian daripada usaha mendekati masyarakat setempat serta memperkenalkan Wawasan kepada penduduk di kawasan Tambun.
PN sudah ada rakan strategik hadapi PRN Melaka

Key takeaways
Parti Wawasan menyatakan PN mempunyai rakan strategik untuk menghadapi PRN Melaka, tetapi tidak menyebut parti tersebut.
- Muhammad Fadhli Ismail mengakui persiapan PRN Melaka sudah dilakukan.
- PN akan bekerjasama dengan rakan strategik, tetapi identiti parti tidak dinyatakan.
- Isu yang melanda PN dikatakan memberi kesan terhadap persiapan kempen.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SAIFULLAH AHMAD
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: BN muktamadkan rakan kerjasama selepas 7 Okt - Zahid
- Malaysiakini (BM) Bersatu mahu lumpuhkan PN menjelang PRN Melaka, kata Takiyuddin
- Sinar Harian PN sudah ada rakan strategik hadapi PRN Melaka (this story)








