WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menggunakan populariti nama Muhammad sebagai bahan jenaka ketika mempersendakan jawatan Presiden Iran dalam ucapan kempen di Georgia semalam.
Ketika berucap di hadapan penyokongnya di Dalton, Georgia, Trump berkata individu yang tidak pasti tentang nama seseorang dari Asia Barat boleh menggunakan nama Muhammad kerana mempunyai kira-kira 65 peratus peluang untuk meneka dengan betul.
“Saya sudah melakukannya selama bertahun-tahun. Saya tidak pernah tersilap,” katanya.
Muhammad merupakan antara nama lelaki paling popular dalam kalangan umat Islam, yang lazimnya menamakan anak lelaki mereka sempena Nabi Muhammad.










