Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa tiada siapa mengetahui siapa sebenarnya kini memimpin Iran, ketika perang AS-Israel dengan negara itu memasuki bulan kelapan.

Katanya, barisan kepemimpinan Iran sudah kehilangan beberapa pemimpin utama susulan serangan dalam konflik berkenaan.

"Pemimpin mereka sudah tiada, kumpulan pemimpin kedua mereka juga sudah tiada dan masalah terbesar yang saya hadapi ialah tiada siapa tahu siapa sebenarnya yang menguruskan negara itu," katanya.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei berkata, Washington mengetahui dengan jelas siapa rakan sejawatnya di Iran serta bagaimana sistem membuat keputusan negara itu berfungsi.