Sungai Petani: Baru dua bulan beroperasi, Arena of Sports Sungai Petani sudah mencipta pengalaman bermakna apabila terpilih menjadi lokasi penganjuran Liga Sepak Takraw Nasional Mekdi 2026, sekali gus menyemarakkan usaha memartabatkan sukan tradisional itu dalam kalangan generasi muda.

Pengurus Operasi Arena of Sports Sungai Petani, Siti Nursyaza Roslan berkata, pihaknya berbesar hati apabila diberi kepercayaan oleh McDonald's dan Harian Metro untuk menjadi venue bagi penganjuran kejohanan berkenaan.

Menurutnya, kejohanan itu bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada pihak pengurusan, malah membuka ruang untuk memperkenalkan kemudahan sukan disediakan kepada lebih ramai peminat sukan, khususnya sepak takraw.