WASHINGTON: Model kecerdasan buatan (AI) mungkin berupaya menyusup masuk dan merampas kawalan peralatan rumah, termasuk televisyen pintar dan ketuhar, menjelang akhir tahun ini, menurut amaran syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), Anthropic.
Dalam laporan penyelidikan yang diterbitkan pada Isnin, syarikat yang terkenal dengan chatbot AI Claude itu berkata, hasil eksperimen menunjukkan model AI bersaiz kecil mungkin hanya memerlukan beberapa bulan lagi sebelum cukup berkeupayaan untuk mereplikasi diri pada peranti yang disambungkan ke internet tanpa bantu manusia.
Penyelidik memberi amaran ‘cacing AI’ sedemikian mungkin sukar dihapuskan kerana tiada satu titik kawalan berpusat yang boleh digunakan untuk menghentikan penyebarannya.









