KUALA LUMPUR: PKR menafikan dakwaan bahawa parti itu memainkan isu pemimpin politik ditangkap khalwat sebagai taktik untuk melemahkan pihak lawan.
Naib Presidennya, Datuk Seri Amirudin Shari, menegaskan PKR tidak membawa isu peribadi untuk dijadikan asas pertarungan dan saingan politik.
“Kita pun ada banyak kerja lain daripada nak mengatur khalwat.
“Tidak pernah… tidak pernah dibincang atau diaturkan secara rahsia mahupun secara terbuka untuk memerangkap lawan politik. Itu bukan kerja kitalah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Semarak Kasih Yayasan Selangor 2026, di sini, hari ini.










