SINGAPURA: Pemandu McLaren, Lando Norris mengakui pasukannya kini ketinggalan untuk mempertahankan kedudukan dalam kelompok tiga terbaik Kejuaraan Pengeluar Formula Satu (F1) musim ini.

Juara dunia 2025 itu menyifatkan McLaren sebagai pasukan paling perlahan dalam kelompok empat pasukan teratas selepas Grand Prix (GP) Singapura, sekali gus membayangkan cabaran besar menanti skuad berpangkalan di Woking itu menjelang penghujung musim.

Lebih membimbangkan, Norris mengakui McLaren tidak mempunyai pakej naik taraf baharu dalam masa terdekat untuk meningkatkan prestasi jentera mereka, ketika Red Bull semakin menghampiri kedudukan pasukan itu dalam kejuaraan pengeluar.

“Kami tidak mampu menghalang mereka melainkan kami membawa naik taraf, sedangkan kami tidak mempunyai apa-apa untuk tempoh terdekat,” katanya.