KOTA BHARU – Hajat 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar untuk pulang ke negara asal melalui laluan pangkalan haram tidak kesampaian apabila dicekup ketika bersembunyi di sebuah hotel di Wakaf Che Yeh di sini hari ini.

Kesemua PATI termasuk m empat wanita yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an itu dipercayai tiba di Kota Bharu pada pukul 6.30 pagi tadi selepas bergerak dari Johor Bahru, Johor dan Kuala Lumpur menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V dipandu seorang tekong darat.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen (JIM), Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, PATI itu ditahan dalam serbuan sepasukan anggota JIM Kelantan pada kira-kira pukul 8.30 pagi.