NEW DELHI – Sejumlah klip video memaparka telefon pintar iPhone dan botol minyak wangi mewah terapung di Selat Hormuz tular di media sosial, lapor akhbar Hindustan Times hari ini.

Menurut laporan, barangan tersebut tumpah daripada kapal kontena mengibarkan bendera Singapura, GFS Pride, yang karam pada Rabu lepas.

“Kami sedang berkumpul dan menuju ke Selat Hormuz. Kami mendengar sebuah kapal kontena karam, jadi kami akan mengumpul iPhone dan minyak wangi,” kata seorang lelaki dalam satu klip video tersebut.

Kapal itu karam selepas terbakar terkena projektil tidak dikenali.