Madrid: Jose Mourinho mengakui dirinya mungkin sudah meninggalkan Real Madrid pada musim panas lalu sekiranya berada di tempat Vinicius Junior, susulan layanan buruk yang terus diterima pemain sayap Brazil itu.

Vinicius, 26, berdepan pelbagai insiden termasuk ejekan penyokong lawan dan penderaan berbaur perkauman sejak menyertai gergasi Sepanyol itu pada 2018.

Terbaharu, pemain itu dilayangkan kad merah ketika membantu Madrid menewaskan Villarreal hujung minggu lalu selepas didakwa menarik rambut lawan, sekali gus menyaksikan dia digantung empat perlawanan.

Penggantungan itu menyebabkan Vinicius bakal terlepas aksi 'El Clasico' menentang Barcelona pada 25 Oktober ini.