Kuala Lumpur: Malik Streams Corporation Sdn Bhd selaku pengedar rasmi filem Jailer 2 lakonan ikon filem Tamil, Rajinikanth kini ditayangkan do pawagam seluruh negara sejak 15 Oktober lalu.

Filem arahan Nelson Dilipkumar berkenaan adalah sekuel yang dinanti-nantikan selepas kejayaan luar biasa filem terdahulu, Jailer pada 2023.

Jailer 2 juga adalah filem ke-172 lakonan legenda superstar Rajinikanth, sekali gus mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam kerjaya seni beliau yang gemilang selama lebih lima dekad.

Filem ini juga menyajikan pengalaman sinematik yang pantas, padat dan menghiburkan menerusi gabungan aksi mendebarkan, unsur komedi yang mencuit hati dan babak-babak menarik.