KUANTAN - Beberapa pemilik rumah sewa di sini 'terduduk' selepas menerima notis tuntutan kerugian daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga mencecah ratusan ribu ringgit selepas rumah mereka disalahguna penyewa untuk aktiviti perlombongan bitcoin secara haram.Rata-rata mangsa mengakui langsung tidak mencurigai penyewa rumah masing-masing memandangkan bayaran sewa rumah yang dilunaskan mengikut waktu setiap bulan sehingga kegiatan haram itu dibongkar pihak berkuasa baru-baru ini.Salah seorang mangsa terlibat, Noor Afiza Rujohan, 37, mendakwa telah menyewakan rumahnya di Taman Seri Damai di sini kepada seorang individu sejak dua tahun lalu dengan kadar sewa RM850 sebulan.Menurut Noor Afiza, dia mengakui jarang menjenguk rumahnya itu kerana tinggal jauh di Lipis."Terkejut bila dapat tahu rumah diserbu pihak berkuasa kerana digunakan untuk aktiviti perlombongan bitcoin secara haram melibatkan kecurian elektrik dengan jumlah besar."Saya juga telah menerima notis tuntutan kerugian daripada pihak TNB kerana didakwa berlaku kecurian elektrik melalui sambungan haram," katanya.Peniaga itu berkata, dia telah bertemu dengan pihak TNB di sini untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu."Setakat ini, saya cuma dimaklumkan jumlah tuntutan yang dikenakan masih dalam pengiraan namun mungkin antara yang paling tinggi," katanya.Tambah Noor Afiza, dia turut menanggung kerugian akibat kerosakan hartanah termasuk pagar yang ditanggalkan serta kerosakan pada siling dan pendawaian elektrik oleh penyewa.Sementara itu, keputusan Mohd Fadzil Zakaria menyewakan rumah baharunya di Perumahan Penor Makmur 1 bagi menambah pendapatan bertukar mimpi ngeri apabila dia berdepan tuntutan puluhan ribu ringgit.Mohd Fadzil antara beberapa pemilik rumah yang menerima nasib sama."Saya menerima notis tuntutan lebih RM100,000 sebelum dikurangkan kepada kira-kira RM64,000."Walaupun telah dikurangkan, jumlah itu tetap tinggi dan di luar kemampuan," katanya.Nasib sama dilalui, Siti Akmaliah Jamaluddin, 33, yang turut mendakwa menyewakan rumahnya di Gambang Damai di sini kepada seorang lelaki April lalu dipercayai menggunakan maklumat peribadi palsu.Siti Akmaliah berkata, sepanjang tempoh itu urusan pembayaran sewa dilakukan melalui mesin deposit tunai kerana penyewa memberi alasan tiada akaun bank."Saya hanya mengetahui rumah menjadi lombong bitcoin dan berlaku kecurian elektrik selepas menerima mesej daripada talian khidmat pelanggan TNB."Pada mulanya saya menyangka mesej diterima tu adalah cubaan menipu, namun selepas diminta hadir ke pejabat TNB dalam tempoh dua minggu, saya pergi ke pejabat syarikat utiliti itu pada 4 Oktober lalu bagi mendapatkan penjelasan lanjut," kata peniaga itu.Siti Akmaliah berharap pihak berkuasa segera mengesan penjenayah terlibat yang masih bebas."Penjenayah lesap, kita pemilik rumah pula terpaksa menanggung hutang," luahnya.Sementara itu, aktivis Muhammad Faiz Hashim berkata, pihaknya menerima aduan berhubung isu itu bukan sahaja di Pahang tetapi da