KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari menafikan penglibatan parti itu mengatur perangkap bagi menjatuhkan lawan politik berkaitan kes khalwat bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.Beliau yang juga Menteri Besar Selangor menegaskan partinya mempunyai banyak urusan lain untuk diberikan perhatian berbanding terbabit dalam tindakan tersebut."Kita pun ada banyak kerja lain daripada nak mengatur khalwat."Tidak pernah dibincang atau diaturkan secara rahsia mahupun secara terbuka untuk memerangkap lawan politik. Itu bukan kerja kitalah," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Semarak Kasih bersama pelajar Yayasan Selangor di sini pada Sabtu.Sebelum ini, Nik Nazmi mengesahkan dirinya ialah salah seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam insiden tangkap khalwat di Petaling Jaya pada Khamis lepas.Sambil menjelaskan keadaan sebenar, beliau bersama rakan-rakannya memulakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek.Dengan perkembangan itu, Parti Bersama Malaysia (Bersama) membuat keputusan merehatkan Nik Nazmi daripada menyertai semua aktiviti rasmi parti selama tiga bulan berkuat kuasa dari 20 Oktober hingga 19 Januari 2027.
'Bukan kerja kita atur khalwat' - Amirudin

Key takeaways
Amirudin menafikan PKR mengatur perangkap untuk menjatuhkan lawan politik berkaitan kes khalwat Nik Nazmi.
- PKR menafikan terlibat dalam mengatur perangkap lawan politik.
- Nik Nazmi ditahan dalam kes khalwat di Petaling Jaya.
- Bersama merehatkan Nik Nazmi daripada aktiviti parti selama tiga bulan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Utusan Malaysia , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PKR tak atur tangkap khalwat Nik Nazmi - Amirudin
- Sinar Harian 'Bukan kerja kita atur khalwat' - Amirudin (this story)









