Kuala Lumpur: PKR menafikan dakwaan parti itu memainkan isu pemimpin politik ditangkap khalwat sebagai taktik melemahkan pihak lawan.
Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan PKR tidak membawa isu peribadi untuk dijadikan asas pertarungan dan saingan politik.
"Tak pernah, tak pernah dibincangkan atau diaturkan secara rahsia mahupun secara terbuka untuk memerangkap lawan politik. Itu bukan kerja kitalah," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Semarak Kasih bersama pelajar Yayasan Selangor (YS) 2026, di sini, hari ini.
Semalam, seorang bekas menteri yang juga pemimpin politik ditangkap khalwat bersama wanita dipercayai pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di daerah Petaling Jaya.










