Machang: Suspek pembunuhan seorang wanita yang juga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Nilai, Khamis lalu, mempunyai rekod pemenjaraan berkaitan kesalahan dadah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu antara maklumat yang dapat disahkan mengenai suspek kes berkenaan.

"Suspek baru keluar dari penjara dan mempunyai rekod pemenjaraan berkaitan kesalahan dadah.

"Itu yang boleh kita sahkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar di sini, hari ini.