KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan enam warga asing kerana disyaki melakukan kesalahan imigresen di sebuah masjid di Kampung Nakhoda dan sebuah lagi premis keagamaan tidak dinamakan di Jalan Laksamana, Kampung Laksamana, di Gombak, semalam.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata penahanan mereka terbabit dibuat dalam operasi bersepadu diadakan pihaknya dengan polis selepas melakukan pemeriksaan dan saringan terhadap 76 individu.
"Kita buat operasi bersepadu di dua premis keagamaan di Gombak, Selangor dan menahan enam individu yang melanggar kesalahan imigresen," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata seramai 184 individu diperiksa dalam operasi penguatkuasaan bersepadu berskala besar di dua lokasi di Gombak itu, semalam.










